ISTILAH SOLAT SUNAT
Ada tiga istilah yang biasa
digunakan untuk solat yang bukan wajib iaitu at-tatawwu', an-nafilah
dan as-sunnah.
Kata Imam an-Nawawi : Sahabat-sahabat kami (ulama- ulama
mazhab Syafi'i) berbeza pendapat tentang pengertian istilah-istilah tersebut.
Pendapat mereka terbahagi kepada tiga.
Pertama :
Solat at-tatawwu' ialah solat
yang tidak terdapat nas yang khusus, bahkan bermula dengan merujuk apa yang
dilakukan oleh ulama. Mereka yang berpendapat demikian berkata :
Perkara yang
bukan fardu ada tiga, iaitu:
Sunnah, iaitu yang dikekalkan oleh Rasulullah.
Mustahabbat iaitu perkara yang kadangkala dilakukan oleh Rasulullah dan
Baginda tidak melaksanakannya sentiasa.
At-tatawwu', iaitu seperti yang disebutkan di atas.
Kedua :
An-nafilah dan at-tatawwu' adalah dua lafaz yang sama maknanya, iaitu
yang bukan fardu.
Ketiga :
As-sunnah,
an-nafilah, at-tatawwu', al-muraghab fih, dan al-mustahab
adalah beberapa lafaz yang sama makna iaitu sesuatu yang bukan wajib. Para
ulama berkata : At- tatawwu' pada asalnya adalah melakukan ketaatan, dan
pada syarak, khusus kepada ketaatan yang bukan wajib.
Daripada
keterangan di atas boleh diambil kesimpulan bahawa at-tatawwu' adalah
amalan yang bukan wajib, ia berbentuk sunat atau sebaik-baiknya dilakukan. Sama
dengan at-tatawwu' ialah al-mustahab, ia bukan wajib tetapi sunat. Dalam
tulisan ini, kebiasaannya penulis memberikan maksud kepada al-mustahab itu
dengan maksud 'sebaik-baiknya' atau yang seumpamanya. Itu semua bermaksud
sunat.
Terdapat
banyak solat sunat yang dapat dilakukan oleh umat islam untuk dijadikan sebagai
amalan seharian. Solat-solat sunat ini juga ada yang disunatkan untuk dibuat
secara berjemaah antaranya solat sunat hari raya idulfitri dan iduladha, solat
sunat gerhana matahari dan bulan, solat sunat istisqa’ (minta hujan), solat
sunat terawih serta solat sunat witir. Ada juga solat sunat yang digalakkan
untuk dibuat secara berseorangan seperti solat sunat rawatib, solat sunat
tahajud, solat sunat dhuha, solat sunat tahiyyatul masjid, solat sunat wudhu’,
solat sunat hajat serta solat sunat mutlak.
KELEBIHAN SOLAT SUNAT
Antara kelebihan solat sunat yang boleh
difahami daripada nas- nas berikut :
وَمَن
تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهُ شَاكِرٌ عَلِيمٌ (١٥٨)
Maksudnya : “Dan sesiapa yang
sukarela melakukan kebaikan maka sesungguhnya Allah adalah memberi balasan
pahala lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah
2: 158)
Melakukan
kebaikan adalah umum seperti solat, puasa dan sedekah. Orang yang berbuat
demikian, Allah sentiasa memberi ganjaran kepadanya dan Allah Maha Mengetahui
apa yang seseorang itu lakukan.
Lebih banyak kita melakukan perkara
sunat maka akan lebih hampir diri kita kepada Allah sehingga akhirnya Allah menjaga
pendengaran, penglihatan, tangan dan kaki, seterusnya anggota-anggota yang
lain. Allah juga akan mengurniakan permintaan dan memberi perlindungan kepada
kita.
Melaksanakan
yang sunat perlu terlebih dahulu melaksanakan yang fardu. Ini dapat difahami
daripada nas ini :
وَمَا
تَقرَّبَ إلَيَّ عَبدِي بشيءٍ أحَبّ إليّ ممّا أفتَرَضْتُ عَلَيْهِ
Maksudnya : “Dan tiada taqarrub oleh
hamba-Ku kepada Aku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa yang Aku
fardukan ke atasnya..”
Apabila melaksanakan yang fardu maka
diri akan lebih taqarrub (mendekatkan) diri kepada Allah dengan melaksanakan
perkara sunat.
Daripada Saidatina Aisyah r.a.
katanya :
كانَ
رَسُولَ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا بَلَى قَام حَتَى تقطر رجلاً
هذَا وَقَنَ عُمَرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِك قَالَتْ عَالِتَهُ يَا
رَسُولَ اللَّهُ أَنَّهُ وَمَا تَأَحَرَ فقال يا عائشة أفلا أَكُونَ عَبَدًا شكورا
(صحيح مسلم ، صفة القيامة والجنة والنار)
Maksudnya : Rasulullah apabila
solat, Baginda bangun sehingga pecah-pecah kedua-dua kakinya. Saidatina Aisyah
r.a. berkata : Adakah engkau lakukan ini semua ini sedangkan sesungguhnya telah
diampunkan bagimu dosa yang terdahulu dan yang terkemudian. Jawab Baginda :
Tidakkah aku sebagai hamba yang bersyukur?
(Riwayat Muslim)
Apa yang difahami daripada hadis di
atas bahawa solat sunat adalah tanda kesyukuran seseorang hamba itu kepada
Tuhannya. Solat sunat juga akan menjadi penampal kepada kekurangan-kekurangan
yang ada pada solat fardhu. Terdapat hadis Rasulullah seperti dibawah :
إِنَّ
أَوَلَ مَا يُحَاسَبُ به العَبْدُ يَوْمَ القيامة منْ عَمَلِه صَلاتُهُ فَإِنْ
صَلُحَت فقد أفلح وأنجح وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَد خَابَ وَخَسِرَ فَإِنْ انتقص من
فريضته شَيءٌ قَالَ اللَّهُ عَزّ وَجَلّ انظروا هَل لعبدي منْ تطوّع فيكمَّل بها
مَا انتقض مِنَ الفريضة ثم يكونَ سَائِرُ عَمَلِه عَلى ذلك
( سنن الترمذي ، الصلاة )
Maksudnya :
Bahawasanya mula-mula dihisab bagi seseorang hamba pada hari kiamat
dari amalannya ialah solat. Jika solatnya baik maka dia telah berjaya dan
lulus, dan jika solatnya rosak maka sesungguhnya dia telah hilang harapannya
dan rugi. Maka jika kurang sesuatu daripada fardhunya, Allah SWT berkata
(kepada malikat) ; ‘Lihatlah , adakah hamba-Ku melakukan perkara sunat? Maka
yang sunat itu menyempurnakan kekurangan yang fardhu. 'Maka semua amalan seseorang
hamba itu adalah seperti itu.
( Riwayat Tirmizi )
Kata Imam an-Nawawi : Sahabat-sahabat kami (ulama- ulama mazhab Syafi'i) berbeza pendapat tentang pengertian istilah-istilah tersebut. Pendapat mereka terbahagi kepada tiga.
إِنَّ
أَوَلَ مَا يُحَاسَبُ به العَبْدُ يَوْمَ القيامة منْ عَمَلِه صَلاتُهُ فَإِنْ
صَلُحَت فقد أفلح وأنجح وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَد خَابَ وَخَسِرَ فَإِنْ انتقص من
فريضته شَيءٌ قَالَ اللَّهُ عَزّ وَجَلّ انظروا هَل لعبدي منْ تطوّع فيكمَّل بها
مَا انتقض مِنَ الفريضة ثم يكونَ سَائِرُ عَمَلِه عَلى ذلك
( سنن الترمذي ، الصلاة )
No comments:
Post a Comment