Wednesday, December 19, 2018

Persoalan Mengenai Solat Sunat?



Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat?


‘Adakah benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang solat fardhu yang telah ditinggalkan pada masa dahulu tidak selesai diqadhakan, maka seseorang itu tidak boleh melakukan solat-solat sunat?’

Keyakinan yang sedemikian telah banyak difahamkan oleh sebahagian masyarakat Islam padahal, kenyataan tersebut sama sekali tidak ada dasarnya bahkan bertentangan dengan fakta yang sebenarnya. Keyakinan sedemikian, besar kemungkinan timbul daripada pandangan dan pendapat seorang dua dalam kalangan para ulama, sedangkan pandangan dan pendapat seseorang hanya boleh dijadikan renungan dan sama sekali tidak boleh dijadikan pegangan atau hujah. Lebih-lebih lagi apabila pandangan ndapat itu bertentangan dengan nas al-Quran dan al- Hadis. 

Satu kaedah yang menjadi masyhur dalam kalangan ahli ilmu, "Tidak ada ijtihad apabila ada nas. Maksudnya, ijtihad yang bererti pandangan dan pendapat daripada seorang ulama itu tidak boleh diterima dan diamalkan selagi ada dalil al-Quran dan al-Hadis yang jelas. Ada banyaknya dalil yang menunjukkan perintah dan galakan terhadap solat sunat memang tidak dapat disangsikan lagi. Setiap perintah dan galakan terhadap solat sunat itu memang jelas datangnya daripada Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya tidak ada yang lebih celaka daripada mereka yang berani menghalang manusia daripada melakukan perintah Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah SWT :

 ألَقِيَا فِي جَهَنَّمَ  كُلّ كَفَّارٍ عَنِيدٍ ( 3 ) مَّنَّاعٍ لِّلخَيرِ مُعتَدٍ مُّرِيبٍ 

Maksudnya : Lontarkan ke dalam neraka setiap manusia degil dalam  kekufurunnya  dan                      yang selalu menghalang kebaikan dan yang melampau dengan melanggar hukum agama dan juga mereka yang meragui kebenaran.                                              (Surah Qaaf : 24 - 25) 
Renungkanlah dalil - dalil perintah solat sunat berikut : 

وَمِنْ أَلَّيلِ فَتَهجَّدْبهِ> نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

 Maksudnya : Pada sebahagian malam laksanakanlah solat malam sebagai ibadah sunat bagimu agar Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji .                ( Surah al - Israk : 79 )


Oleh itu, apa-apa yang dijadikan dasar dalam urusan kehidupan tidak boleh dijadikan dasar dalam urusan agama. Maksudnya dasar yang berkaitan masalah hutang dalam urusan kehidupan yang sememangnya menjadi tetap selagi tidak dilunaskan, tidaklah boleh diqiaskan atau dijadikan ukuran dalam urusan agama yang penuh dengan rahmat dan keampunan Tuhannya, Allah s.w.t. Selagi tidak ada kenyataan daripada Allah s.w.t. dan Rasul- Nya bahawa orang yang ada 'berhutang' solat tidak boleh solat sunat, maka kesemua dalil yang berkaitan dengan perintah dan galakan solat sunat adalah untuk semua orang. Perbanyakkanlah solat sunat kerana perintah solat sunat sangatlah jelas dan larangan terhadap solat sunat pula tidak wujud sama sekali, janganlah sekali-kali diragui.



Akibat daripada kefahaman sedemikian ramai tidak sanggup membayar hutang' solat fardu yang bertimbun dan tidak terkira, tidak pula melakukan solat-solat sunat. Fahaman yang tidak ada dasar yang jelas dan kukuh ini telah merugikan ramai ahli ibadah dalam kalangan umat Islam, seolah-olah merupakan suatu kesalahan besar di sisi agama ini bagi seseorang yang tidak selesai mengqada solatnya yang tertinggal melakukan solat sunat.



Tidak tahu bacaan-bacaan dalam sola-solat sunat?

Situasi :

Amira tidak pernah melakukan solat sunat sepanjang hidupnya, sebabnya, dia menganggap solat sunat terlalu susah untuk dilaksanakan kerana banyak bacaan tertentu yang "mesti" dibaca. Dia bertanya, mengapa solat-solat sunat terlalu rumit dan menyusahkan? Tidakkah ada cara mudah basgi seseorang dapat melaksanakan solat-solat sunat tanpa merasakannya sebagai beban?


Antara penyebab utama ramai masyarakat awam tidak cenderung untuk melakukan solat-solat sunat ialah perasaan takut dan terbeban untuk membaca bacaan-bacaan tertentu, yang dikatakan banyak dan berjela-jela dalam solat. Misalnya, ada solat sunat yang katanya mesti dibaca pada rakaat pertama surah-surah tertentu dengan jumlah tertentu dan pada rakaat kedua pula mesti dibaca bacaan surah-surah tertentu juga dengan bilangan tertentu. Begitulah seterusnya pada rakaat- rakaat yang lain 

Apakah penetapan bacaan-bacaan tersebut merupakan ketetapan agama sehingga ia tidak boleh ditinggalkan ? 


Sebenarnya, solat sunat dan solat fardu sama dari segi syarat dan rukunnya. Pada solat fardu, kita telah ketahui ada 13 rukun semuanya dan perkara-perkara selain yang 13 ini hukumnya sunat. Dalam perkara-perkara yang termasuk sunat-sunat dalam solat, dilaksanakan pun boleh dan tidak dilaksanakan pun tidak menjejaskan solat kita. Membaca doa dan surah-surah al-Quran misalnya ialah perkara-perkara sunat, kalau ditinggalkan, solat kita tetap dikira sah dan diterima


 Tidak dinafikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ada membaca bacaan-bacaan tertentu contoh surah-surah al- Quran yang tertentu pada solat-solat sunat yang tertentu Namun semua ulama telah sepakat bahawa bacaan-bacaan selain bacaan-bacaan rukun tidak wajib diikuti, kalau dapat mengikutinya lebih baik dan menepati sunah. Kalau tidak, tidak mengapa. 


Misalnya, mengikut suatu riwayat, Rasulullah s.a.w. biasa membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh. Adakah ada ulama yang mengatakan bahawa kita mesti membaca suralh al-Sajdah dalam solat Subuh? Adakah solat Subuh kita tidak sah kalau membaca surah al-Falaq dan al-Nas? Adakah ada ulama yang mengatakan demikian?


Kalau pada solat fardu sekalipun, kita tetap boleh melakukan solat tanpa mendatangkan bacaan-bacaan yang sunat, sudah tentu pada solat-solat sunat juga kita boleh berbuat demikian, khususnya mereka yang tidak mampu membacanya 


Kalau bacaan-bacaan sunat yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. sekalipun boleh kita tinggalkan atau memilih bacaan yang lain, apatah lagi bacaan-bacaan yang direka dan diada-adakan oleh yang selain Nabi Muhammad s.a.w, walau sebaik mana bacaan itu sekalipun, sudah pasti boleh ditinggalkan apabila tidak mampu untuk dilaksanakan Jelasnya, hanya rukun-rukun solat sahaja yang tidak boleh diganti dan ditinggalkan, sedangkan bacaan-bacaan yang sunat seperti surah-surah dan zikir-zikir boleh ditinggalkan kalau memberatkan dan solat sunat kita akan tetap diterima oleh Allah s.w.t. Jangan berasa terbebankan lantaran banyaknya "panduan-panduan" solat sunat yang menyebut bacaan-bacaan tertentu atau yang mengajarkan bacaarn tertentu dengan jumlah sekian banyak pada solat-solat sunat yang tertentu. Lakukan apa-apa sahaja solat sunat dengan haja bacaan yang kita mampu. 


Selagi yang kita mampu baca itu merupakan ayat-ayat al- Quran, maka kita boleh pilih apa-apa surah yang mudah dibaca dan tidak semestinya kita mesti baca surah yang tertentu dalam solat sunat berkenaan. 


Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah meramalkan akan wujud dalam kalangan umat akhir zaman sebagai berikut yang bermaksud  "Mereka akan berkata perkara yang mereka tidak lakukan dan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak diperintahkan...."   (Al-Hadis) 


Adakah benar solat lelaki dan perempuan berbeza?


 Secara ringkasnya, tidak ada perbezaan antara solat lelaki dan perempuan, anak-anak dan orang dewasa, dari segi rukun-rukun dan bacaan-bacaannya. Cuma terdapat sedikit perbezaan antara lelaki dan perempuan dari sudut aurat dan beberapa cara pelaksanaannya. Jika dikaitkan dengan solat berjemaah maka terdapat juga perbezaan kedudukan imam dan makmum serta kenyaringan bacaar 


Jelas ada perbezaan aurat lelaki dan perempuan ketika solat. Aurat lelaki ketika solat ialah di antara pusat dan lutut. Manakala aurat perempuan pula ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.


 Antara perbezaan pelaksanaan solat adalah kedudukan kaki ketika berdiri tegak, keadaan tangan semasa mengangkat takbir, begitu juga keadaan ketika rukuk dan sujud.


 Tentu perbezaan ini mengandungi hikmah yang tersirat khususnya dari sudut adab dan sopan perempuan ketika solat Walau bagaimanapun, tidak semua ulama bersetuju kepada perbezaan tersebut kerana hadis yang dijadikan alasan perbezaan adalah lemah. (Sila rujuk kitab Subulus Salam, Jil. I)








No comments:

Post a Comment

Persoalan Mengenai Solat Sunat?

Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat? ‘Adakah benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang sol...