Solat sunat wuduk ini disunatkan
apabila seseorang itu telah mengambil wuduk. Ertinya atas perbuatan mengambil
wuduklah sembahyang ini dikerjakan. Sembahyang sunat ini dilakukan dua rakaat
sebaik saja selesai mengambil wuduk.
Niat Solat Sunat Wuduk :
أصلَى سَنَة الْوُضوعِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى
Hukum Solat Sunat Wuduk
Solat sunat yang dilakukan
selepas mengambil wuduk adalah muakkad, iaitu sunat yang amat digalakkan. Ia
boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada waktu siang atau malam.
Waktu Mengerjakan Solat Sunat Wuduk
Dilaporkan oleh Abu
Buraidah yang menceritakan bahawa,
“Suatu hari selepas Rasulullah mengerjakan
solat subuh,baginda memanggil Bilal dan berkata, ‘Wahai Bilal bagaimana kamu
mendahului saya masuk ke syurga? Setiap kali saya memasuki syurga,saya pasti
saya mendengar hentakan sandalmu di hadapanku. Saya masuk ke dalam syurga
semalam dan saya mendengar hentakan sandalmu di hadapanku…’ Bilal menjawab, ‘Ya
Rasullulah,setiap kali azan saya pasti akan menunaikan solat dua rakaat.
Apabila berhadas,saya segera berwuduk. Dan apabila saya berasakan perlu
mengerjakan dua rakaat (sebagai tanda syukur) kepada Allah (yang menghilangkan
kekotoran dan membeikan kebersihan). ‘Rasulullah menyatakan, ‘Jadi dengan
kedua-dua amalan ini kamu masuk syurga’.”
(Hadith direkodkan oleh At-Tirmizi daripada Abu Buraidah)
Al-Hafiz Ibnu Hajar
menjelaskan bahawa hadith ini menunjukkan setiap hadas hendaklah disusuli
dengan wuduk dan setiap wuduk hendaklah diikuti dengan solat sunat. Oleh itu,
solat sunat wuduk dapat dilakukan pada bila-bila masa sahaja selepas berwuduk.
(Rujuk
Fathul Bari,Ibnu Hajar)
Ibnu Taimiyyah juga
berpendapat bahawa solat sunat wuduk ini boleh dilakukan bila-bila sahaja
termasuk pada waktu-waktu yang diharamkan solat sunat lain.
No comments:
Post a Comment