Rasulullah SAW bersabda:
“Pada
saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan
cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya
matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.”
(Hadis
riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).
Pada malam Lailatul Qadar disunat
dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau
bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila
dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai
membaca segala doa yang disarankan.
Solat ini adalah sebagai tanda
syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk
mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya.
Cara
Melaksanakan Solat Lailatul Qadar
Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan
sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak,
cuma berbeza pada niatnya sahaja.
2. Pada
setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:
- Al-Takatsur : 1 kali
- Al-Ikhlas : 3
kali
3. Selepas memberi salam baca doa :
Rasulullah SAW bersabda: “Empat
jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang
Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua,
memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan
keempat, memohon keredhaan Allah.”
(Hadis riwayat Al-Baihaqi).
No comments:
Post a Comment