Wednesday, December 12, 2018

Solat Sunat Witir




Merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan untuk melakukannya. Rasulullah SAW sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat witir walaupun sekali. 

Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah:  

“Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” 

                                                               (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)


Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’  kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:  

“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Tarmidzi dan Hakim).

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).


Cara Melaksanakannya :

1.    Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:


“Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.


2.  Bacaan selepas Fatihah:

          - Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

          - Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun


3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat witir.



“Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala”

4.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:

               a) Al-Ikhlas
               b) Al-Falaq 
               c) An-Naas

Hukum Tangguh Witir

Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.

Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.

Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. 

Sabda  Rasullulah SAW: “Tidak ada dua witir pada satu malam.”


Fadhilat Solat Witir

        - Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.

        - Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.

        - Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Baginda SAW di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Persoalan Mengenai Solat Sunat?

Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat? ‘Adakah benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang sol...