Tuesday, December 11, 2018

Solat Sunat Taubat


Solat sunat Taubat adalah satu tanda penyesalan setelah melakukan dosa dan maksiat. Bagaimanapun, sembahyang ini dilakukan seiring dengan meminta keampunan dan taubat nasuha daripada Allah SWT. Sembahyang ini dilakukan dua rakaat seperti sembahyang sunat lain juga.


Takrif Taubat

Bahasa : Taubat menurut Al-Akhfasy ialah perbuatan meninggalkan maksiat ataupun dosa dan kembali taat kepada Allah.

Istilah : Solat taubat ialah ialah solat dua rakaa yang dilakukan bagi bertaubat kepada Allah atas segala dosa-dosa yang dilakukan.


Niat Solat Sunat Taubat:

أصَلَى سَنَة التّوبَة رَكْعَتَيْنِ أداء الله تعالى

                 Tatacara Taubat

·         Segera bertaubat apabila melakukan kesalahan dan tidak menangguhkannya, menyesali perbuatan yang dilakukan
·         Segera meninggalkan perbuatan keji ataupun maksiat dan berusaha tidak mengulanginya lagi
·         Dianjurkan melakukan solat sunat taubat dua rakaat, sebagaimana yang disepakati oleh keempat-empat mazhab ulama


Syarat-syarat Taubat

·         Menyesal di atas segala perbuatan yang di lakukan
·         Berhenti daripada melakukan maksiat dan dosa yang dimaksudkan
·         Berazam bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi kesalahan itu bahkan berusaha menjauhinya. Kalau kesalahannya kerana meninggalkan sembahyang fardu atau puasa maka hendaklah diganti dengan mengqadanya segera

·         Segera memohon maaf daripada orang tertentu jika kesalahan dosa itu berkaitan dengan orang berkenaan


Perbezaan di antara Taubat dengan Istighfar

Istighfar bererti meminta ampun sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Manakala taubat adalah hanya untuk diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Persoalan Mengenai Solat Sunat?

Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat? ‘Adakah benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang sol...