Tuesday, December 11, 2018

Solat Sunat Awwabin


Terdapat pelbagai cara untuk menghapuskan dosa. Antaranya adalah dengan melakukan solat sunat antara Maghrib dan Isyak iaitu solat sunat Awwabin.


Cara-cara melakukan solat sunat Awwabin

         a)      Rakaat pertama

                  - Niat dalam hati dengan berkata,    

                                “Sahaja aku solat Awwabin dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

1.      Takbir.
2.      Baca Doa Iftitah.
3.      Baca Ta’awwudz.
4.      Baca surah al-Fatihah.
5.      Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih.
6.      Takbir dan rukuk.
7.      Iktidal dan bacaanya.
8.      Sujud dan bacaannya.
9.      Duduk antara dua sujud serta bacaannya.
10.  Sujud dan bacaannya.
11.  Bangun rakaat kedua dengan takbir.

a)      Rakaat kedua

1.      Baca surah al-Fatihah.
2.      Baca apa sahaja surah yang dipilih.
3.      Takbir dan rukuk.
4.      Iktidal dan bacaannya.
5.      Sujud dan bacaannya.
6.      Duduk antara dua sujud serta bacaanya.
7.      Sujud sesudah membaca bacaannya maka beristighfarlah.
8.      Duduk tahiyat akhir dan bacaannya.
9.      Salam penutup.

             Kemudian sesudah itu ditambah dua rakaat lagi sama seperti di atas.


Fadilatnya – Pahala mencontohi Nabi Muhammad SAW

Daripada Hudzaifah katanya yang bermaksud:

 “Aku solat Maghrib Bersama Nabi Muhammad s.a.w, sesudah selesai Baginda berdiri melakukan solat berterusan hinggalah masuknya waktu isyak.”
                                                                                  (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Awwabin ertinya orang yang mengembalikan diri mereka kepada Allah s.w.t. sudah tentu Allah s.w.t akan suka kepada orang yang kembalikan diri kepada-Nya. 

Waktu antara Maghrib dan Isyak ialah waktu yang ditetapkan Allah baik untu beramal ibadah. Justeru, Dia berikan keampunan. 

Maka dengan dosa-dosa yang terampun, seseorang dapat mendekatkan diri kepada Allah. Orang yang dekat dengan Allah, segala yang diminta akan diberikan.


Bilangan Rakaat Solat Sunat Awwabin

Banyak riwayat yang menyebut tentang solat Awwabin. Namun kebanyakkannya tidak mempunyai dasar yang kukuh,. Tetapi solat ini boleh diamalkan sebagai fadhailul a’mal, iaitu amalan-amalan tambahan.

Berkata al-Syaukani, yang bermaksud,

 “Yang tersebut dalam bab ini menunjukkan bahawa memang disyariatkan memperbanyakkan solat sunat antara Maghrib dan Isyak, meskipun hadis-hadisnya adalah dhaif, secara keseluruhan ia saling mengukuhkan dan sesuai  untuk fadhailul a’mal.”
                                                                                       (Nailur Awthor, jil. 3 ms. 56)

Solat Awwabin boleh dilakukan hingga enam rakaat.


Fadilatnya – Pengampunan dosa

Daripada Ammar bin Yasir, dia pernah melihat Nabi Muhammad s.aw. melakukan solat sesudah fardu Maghrib enam rakaat dan baginda bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang solat sesudah fardu Maghrib enam rakaat, akan diampunkan segala dosanya walau sepenuh buih di lautan.”
                                                                                               (Riwayat al-Tabrani)

Kesimpulannya, seseorang yang mahu melakukan solat sunat sesudah fardu Maghrib, bolehlah melakukannya sebanyak enam rakaat. Dua rakaat solat Rawatib (Ba’diah) dan ditambah lagi empat rakaat.

No comments:

Post a Comment

Persoalan Mengenai Solat Sunat?

Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat? ‘Adakah benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang sol...