Setiap kali setelah
selesai melakukan tawaf di Kaabah, tidak kira tawaf sunat atau rukun,
disunatkan seseorang itu melaksanakan solat Tawaf yang dilakukan dengan
menghadap ke arah Maqam Ibrahim.
Jika tidak dapat, maka lakukan di mana-mana
sahaja di persekitaran sana.
Dikatakan sebaik-baik
doa adalah doa yang dilakukan ketika dalam solat, itulah saat seorang hamba
berada sangat dekat dengan Allah s.w.t.
Lebih baik lagi kalau solat itu dapat
dilakukan di sekitar Maqam Ibrahim yang terletak berdekatan dengan Multazam
iaitu pintu Kaabah. Multazam adalah antara tempat yang paling mustajab doanya.
Mintalah semasa sujud terakhir dalam solat Tawaf, apa sahaja yang kita perlukan
pasti akan diberikan oleh Allah s.w.t., cepat atau lambat.
Waktu
Pada bila-bila
masa sesudah selesai melakukan Tawaf apa sahaja tidak kira bila waktunya.
Rakaat
Hanya
dua rakaat tidak lebih dan tidak kurang.
Cara-caranya
- Niat
dalam hati dengan berkata,
“Sahaja aku solat sunat Tawaf dua rakaat
kerana Allah Ta’ala.”
1.
Takbir.
2.
Baca
Doa Iftitah.
3.
Baca
Ta’awwudz.
4.
Baca
surah al-Fatihah.
5.
Baca
surah al-Kafirun.
6.
Takbir
dan rukuk.
7.
Iktidal
dan bacaannya.
8.
Sujud
dan bacaannya.
9.
Duduk
antara dua sujud serta bacaannya.
10. Sujud dan bacaannya.
11. Bangun rakaat kedua
dengan takbir.
b)
Rakaat
kedua
1. Baca surah al-Fatihah
2.
Baca
surah al-Ikhlas.
3.
Takbir
dan rukuk.
4.
Iktidal
dan bacaannya.
5.
Sujud
dan bacannnya.
6.
Duduk
antara dua sujud serta bacaannya.
7.
Sujud
dan bacannya.
8.
Duduk
tahiyat akhir dan bacannya.
9.
Salam
penutup.
No comments:
Post a Comment