Tuesday, December 11, 2018

Solat Sunat Istisqa’



Solat Istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau panjang.

Solat ini merupakan sunat muakkad (sangat dituntut) bagi penduduk Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerubu dan kesukaran memperolehi sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air (hujan).
.
Rasulullah SAW bersabda: 

“Tiadalah sesuatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan itu malainkan nanti Allah akan mencabut nikmat-Nya dan membuat penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat, kecuali Allah akan menahan turunnya hujan dari langit.” 
                               
                                                                         (Riwayat  Ibnu Majah dan Ibnu Umar)


Kaedah Melakukan Solat Sunat Istisqa’


a)  Persediaan sebelum melakukan Solat Sunat Istisqa’:
   
    - Berpuasa sunat selama tiga hari.
    - Meninggalkan segala kezaliman, maksiat dan kemungkaran.
    - Melakukan Solat Sunat Taubat
    - Beramal soleh seperti berzikir dan bersedekah.

b)  Tiga cara untuk meminta hujan turun iaitu:

   -  Berdoa secara individu atau beramai-ramai.
   -  Diadakan doa khas (mohon hujan) di akhir khutbah kedua Solat Jumaat
   -  Kaedah terbaik adalah mendirikan Solat Sunat Istisqa’ secara berjemaah.

Pada hari ke-4 semua penduduk termasuk yang lemah digalakkan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian biasa, sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk Solat Sunat Istisqa’.

Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama, imam/khatib hendaklah membaca istighfar sebanyak 9 kali dan 7 kali pada khutbah kedua.




Cara Melaksanakan Solat Sunat Istisqa’


1. Lafaz dan niatnya:

       - Lafaz dan niat solat sendirian:



      - Lafaz dan niat solat berjemaah:



2. Selepas membaca doa Iftitah, bacalah takbir dan tasbih berikut sebanyak tujuh kali:



3. Selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacaan surah iringan yang disarankan adalah seperti berikut:

           - Raka’at pertama :  Surah Al-Hadid atau Surah Al-Qaaf atau Surah Al-A’la.
           - Raka’at kedua    :   Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiyah.


Pada raka’at kedua, sebelum membaca Surah Fatihah, hendaklah dibaca takbir dan tasbih yang sama sebanyak lima kali lagi.

Sekiranya berjemaah, imam atau khatib membaca dua khutbah yang khusus untuk Istisqa’ dan memulakan khutbah pertama dengan beristighfar 9 kali manakala pada khutbah kedua dimulai dengan 7 kali istighfar

Doa selepas Solat Sunat Istisqa’




No comments:

Post a Comment

Persoalan Mengenai Solat Sunat?

Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat? ‘Adakah benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang sol...