Solat sunat tahajjud adalah solat malam
yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian
waktu selepas tengah malam.
Solat sunat ini amat dituntut dan
sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat
tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT :
(Surah Isra’; ayat 79)
Cara Mendirikan
Solat Tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan tiada had
rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu
salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara
berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah
bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus
menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”
(Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud
baca doa berikut :
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan
Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku
memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan
janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah
daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi
Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali”.
Niat Solat Tahajjud :
Maksudnya: “Daku bersolat Sunat
Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala”.
Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
- Rakaat pertama : Ayat
Al-Kursi (7 kali)
- Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas (11 kali)
- Rakaat pertama : Surah Al-Kaafirun (3 kali)
- Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas (3 kali)
(Digalakkan untuk mengulangi bacaan pada bilangan ganjil)
- 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca
ini pada solat Tahajjud Baginda.)
Cara Memudahkan
Untuk Bangun Solat Malam
* Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan
Solat Tahajjud.
* Menjauhkan diri daripada perbuatan
maksiat.
* Bersederhana makan dan minum pada
waktu siang.
* Membaca ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud,
kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai
satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang
diberikan kepadanya.”
(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
No comments:
Post a Comment