Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk
dalam solat-solat sunat Mutlaq, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia
boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama
solat-solat sunat qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah
kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon
diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi
menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Niat
Solat Sunat Nisfu Syaaban:
أصلَى سَنَة لَيْلَة نصف شعبان ركعتين لله تعالى
Dua
kelebihan Bulan Syaaban Menurut Nabi Muhammad SAW
o
Bulan
yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia lalai
ialah dalam bulan ini
o
Bulan
yang diangkat amalan kepada Allah SWT
Amalan
yang disunatkan dilakukan pada Malam Nisfu Syaaban
o
Berdoa
dan berniat panjang umur dan sihat wal’afiat dalam taat dan beribadah kepada Allah SWT
o
Berdoa
supaya selamat daripada musibah, bala, penyakit dan wabak penyakit
o
Minta
rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan
husnul khatimah
o
Sekurang-kurangnya
beribadah pada malam nisfu syaaban dengan mengerjakan solat subuh dan isyak
secara berjemaah
Antara
Nama selain Malam Nisfu Syaaban
o
Lailatul
Mubarakah ( malam keberkatan)
o
Lailatul
Baraah (malam pelepasan)
o
Lailatul
Qismah wal-Taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
o
Lailatul
Takfir (malam mengkifaratkan dosa)
o
Lailatul
Ijabah (malam diperkenankan doa)
o
Lailatul
Syafaah (malam syafaat)
o
Lailatul
Idil Malaikah (malam raya malaikat)
o
Lailatul
hayat (malam keampunan)
No comments:
Post a Comment