Wednesday, December 12, 2018

Solat Sunat Dhuha




Solat sunat dhuha bermula ketika matahari berada pada ketinggian lebih kurang 3 meter, iaitu pada pukul 8.15 pagi sehingga masuk waktu zuhur. 

Waktu yang paling utama adalah ketika matahari berada pada ketinggian 45 darjah. Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat.


Takrif Dhuha

Bahasa : Dhuha adalah matahari atau cahaya matahari. Ada pendapat yang menyatakan ia adalah cahaya matahari yang sampai ke bumi ataupun apa sahaja yang terkena cahaya matahari dinamakan dhuha.

Istilah: Solat dhuha ialah solat yang dilakukan pada waktu matahari terbit.


Niat Solat Sunat Dhuha:

أصَلَى سَنَةً الضحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالى


Pelaksanaan Solat Sunat Dhuha


Solat sunat dhuha didirikan secara dua-dua rakaat ataupun kesemua rakaat sekaligus.

Bagi solat dua rakaat, pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah. Diikuti surah Asy-Syams, dan surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah, diikuti surah Adh-Dhuha dan surah Al-Ikhlas.


Bagi solat yang lebih daripada dua rakaat, pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Bacaan ini diulangi sehingga habis semua rakaat.


Kelebihan Solat Sunat Dhuha


                                I.      Orang yang solat sunat dhuha dimurahkan rezekinya
                              II.      Allah SWT memelihara orang yang mendirikan solat sunat dhuha dan memberikannya pahala yang banyak
                            III.      Dosa seseorang itu dihapuskan sekiranya dia melakukan solat sunat dhuha
                            IV.      Sesiapa yang melakukan solat sunat dhuha seolah-olah dia melakukan kebaikan ataupun sedekah dengan seluruh anggotanya.


No comments:

Post a Comment

Persoalan Mengenai Solat Sunat?

Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat? ‘Adakah benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang sol...