Wednesday, December 12, 2018

Solat Sunat Hajat





Solat sunat hajat didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dimakbulkan olehNya. 

Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”            (Riwayat At-Tarmizi)

Panduan dan Cara Solat Sunat Hajat
        
      1)      Lafaz Niat 
              “Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala”


2)   Bacaan Rakaat Pertama

       - Surah Al-Fatihah
       - Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  ( sekali atau 11 kali)

3)   Bacaan Rakaat Kedua

       - Surah Al-Fatihah
       - Surah Al-Ikhlas (satu kali atau 11 kali)

 4)  Bacaan Tasbih Selepas Solat

      Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali
      lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:



      Tasbih berikut 1 kali:
       
      


5)       Wirid Selepas Solat Hajat

         - Istighfar (10 / 100 kali)
          

 “Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.”



 “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.”

         - Selawat ke atas Nabi SAW (10 / 100 kali)



“Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.”

No comments:

Post a Comment

Persoalan Mengenai Solat Sunat?

Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat? ‘Adakah benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang sol...