Wednesday, December 12, 2018

Solat Sunat Terawih



Solat sunat Terawih ialah solat sunat rehat-rehat, dalam keadaan relaks bukan solat kelam-kabut seperti yang dilakukan oleh ramai masyarakat Islam hari ini hingga akhirnya berasa penat dan lelah.


Waktu Solat Sunat Tarawih


Dilakukan sesudah selesai solat Isyak dan solat sunatnya. Masanya berterusan hinggalah waktu sahur. Bagi mereka yang terasa kepenatan pada waktu malam, lantas waktu bangun sebelum bersahur mereka boleh melakukan solat Tarawih, paling sedikit dua rakaat dan ditutip dengan solat Witir paling sedikit satu rakaat.


Bilangan Rakaat Terawih


Dilihat daripada setiap qaul, semuanya memang ada dasarnya. Cuma masing-masing lebih cenderung dengan hujahnya sendiri dan tidak mahu menerima hujah yang lain. Bagi kita masyarakat umum, sebaiknya kita tidak melibatkan diri dalam perselisihan tersebut, beramallah mengikut ilmu yang kita yakini.


Kita boleh pilih sama ada mahu melakukan 8 rakaat, 2 atau 40 rakaat. Yang penting, kita laksanakan walaupun sedikit, yang perlu dielakkan ialah terlalu nempertikaikan masalah rakaat Tarawih sampai langsung tidak melakukannya.


Sementara para ulama berselisih tentang jumlah paling banyak solat Tarawih itu boleh dilakukan, tidak ada satu pun yang mempertikaikan jumlah paling sedikitnya. Maksudnya, kita boleh sahaja melakukan 6 rakaat atau 4 rakaat atau paling sedikit 2 rakaat. Yang penting dilakukan dan jangan sampai tidak dilaksanakan sama sekali. Rugilałh kita, kerana kita tidak selalu berpeluang bertemu dengan Ramadan.


Cara-caranya

Ketahuilah, cara melakukan solat Tarawih sama dengan solat- solat sunat yang lain. Apa yang dilakukan dalam masyarakat dengan diadakan bacaan-bacaan pada selang dua rakaat ialah bacaan-bacaan tambahan. 

Bacaan-bacaan tersebut tidak termasuk sama sekali dalam tuntutan solat Tarawih. Ertinya bacaan tersebut boleh ditinggalkan jika terasa susah khususnya apabila ingin mendirikan solat Tarawih bersendirian.

Walau bagaimanapun jika tambahan tersebut merupakan selawat kepada Nabi s.a.w. maka eloklah kita baca memandangkan besar ganjaran pahalanya kerana setiap umat Islam dianjurkan berselawat ke atas Nabi s.a.w., lebih- lebih lagi pada malam-malam Ramadan yang penuh keberkatan.

Kita boleh lakukan secara berjemaah atau sendirian, di masjid, di dewan bahkan boleh dilakukan di rumah.


       a)      Rakaat Pertama

1.      Niat dalam hati dengan berkata,


 “Sahaja aku solat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” 


2.      Takbir.
3.      Baca Doa Iftitah.
4.      Baca Ta’awwudz.
5.      Baca surah al-Fatihah.
6.      Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih.
7.      Takbir dan rukuk.
8.      Iktidal dan bacaannya.
9.      Sujud dan bacaannya.
10.   Duduk antara dua sujud serta bacaannya.
11.   Sujud dan bacaannya.
12.   Bangun rakaat kedua dengan takbir.

        b)      Rakaat kedua
            
            1.    Baca surah al-Fatihah.
            2.    Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih.
            3.    Takbir dan rukuk berserta bacaannya.
            4.    Iktidal dan bacaannya.
            5.    Sujud dan bacannnya.
            6.    Duduk antara dua sujud serta bacaannya.
            7.    Sujud dan bacannya.
            8.    Duduk tahiyat akhir dan bacannya.
            9.    Salam penutup.


Kemudian kalau dikehendaki ditambah dua rakaat lagi, ulangi cara yang sama dan seterusnya hingga 8 atau 20 rakaat semuanya.


Apabila solat Tarawih dilakukan secara berjemaah, kebanyakan imam di masjid dan di surau akan membaca ayat- ayat lazim daripada surah al-Takatsur hingga akhir surah al-Nas. Surah-surah tersebut bukanlah bacaan khusus bagi solat Tarawih. Seseorang itu boleh membaca apa-apa sahaja surah yang dipilih. Surah-surah dari surah al-Baqarah hinggalah ke surah al-Nas sama ada ditukar-tukar pada setiap rakaat atau dibaca surah yang sama pada setiap rakaat.


Akibat kurangnya pengetahuan tentang urusan agamanya, ramai yang menyangka bahawa bacaan surah lazim ialah bacaan khusus bagi solat Tarawih sehingga apabila didapati ada imam membaca surah-surah selain yang lazim, ada yang berasa keberatan untuk solat bersama.




No comments:

Post a Comment

Persoalan Mengenai Solat Sunat?

Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat? ‘Adakah benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang sol...