Solat sunat tasbih ialah
solat sunat kombinasi antara solat dengan zikir. Pada setiap rakaat, dibaca
sebanyak 75 zikir pada setiap rukun fi’liyah. Memang benar, solat Tasbih tidak
mempunyai dasar hadis yang kuat,
Seperti yang dinukil, Imam Ahmad tidak
cenderung dengan solat Tasbih tetapi baginya apabila ada yang mahu
melaksanakannya maka boleh sahaja, kerana solat tujuannya adalah mencari
kelebihan, dan tidak disyaratkan mengamalkan amalan-amalan sunat mesti dengan
dalil yang sahih sahaja.
(Al-Mughni Ibn
Qudamah, Jil.2 ms. 552)
Waktu solat Tasbih
Boleh dilakukan
pada waktu malam sesudah Isyak atau pagi sesudah terbit matahari hingga tengah
hari. Menurut sebahagian ulama, kalau dilakukan pada waktu malam, maka
dilakukan dua rakaat, dua rakaat. Apabila dilakukan pada waktu siang, maka
boleh dilakukan dengan empat rakaat serentak dengan satu salam.
Cara solat Tasbih malam
Boleh dilakukan
secara sendiri atau berjemaah dengan imam.
a)
Rakaat
pertama
- Niat
dalam hati dengan berkata,
“Sahaja aku
solat sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
1.
Takbir.
2.
Baca
Doa Iftitah.
3.
Baca
Ta’awwudz.
4.
Baca
surah al-Fatihah.
5.
Baca
apa-apa sahaja surah yang dipilih.
6.
Baca
tasbih (15 kali)
7. Takbir
dan rukuk baca tasbih tersebut (10 kali).
8. Iktidal
dan setelah bacaannya dibaca tasbih (10 kali).
9. Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
10. Duduk
antara dua sujud dan sesudah bacaannya dibaca tasbih (10kali).
11. Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
12. Bangkit
dan sebelum berdiri rakaat kedua baca tasbih (10 kali).
13. Takbir
dan berdiri.
a)
Rakaat
kedua
1.
Baca
surah al-Fatihah.
2.
Baca
apa-apa sahaja surah yang dipilih.
3.
Baca
tasbih (15 kali).
4.
Takbir,
rukuk dan baca tasbih (10 kali).
5.
Iktidal
dan sesudah bacaannya, baca tasbih (10 kali).
6.
Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
7.
Duduk
antara dua sujud dan sesudah bacaannya, baca tasbih (10 kali).
8.
Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
9.
Duduk
tahiyat akhir dan sesudah bacaannya, tasbih (10 kali).
10. Salam penutup.
Cara solat tasbih siang
Boleh dilakukan
secara sendiri atau berjemaah dengan imam. Pada waktu siang, boleh dilakukan
empat rakaat serentak.
a)
Rakaat
pertama
1.
Niat
dalam hati dengan berkata,
1.
Takbir.
2.
Baca
Doa Iftitah.
3.
Baca
Ta’awwudz.
4.
Baca
surah al-Fatihah.
5.
Baca
apa-apa sahaja surah yang dipilih.
6.
Baca
tasbih (15 kali).
7.
Takbir
dan rukuk baca tasbih tersebut (10 kali).
8.
Iktidal
dan setelah bacaannya dibaca tasbih (10 kali).
9.
Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
10. Duduk antara dua sujud
dan sesudah bacaannya dibaca tasbih (10 kali).
11. Sujud dan baca tasbih
(10 kali).
12. Bangkit dan sebelum
berdiri rakaat kedua baca tasbih (10 kali).
13. Takbir dan berdiri.
a)
Rakaat
kedua
1.
Baca
surah al-Fatihah.
2.
Baca
apa-apa sahaja surah yang dipilih.
3.
Baca
tasbih (15 kali).
4.
Takbir
dan rukuk baca tasbih tersebut (10 kali).
5.
Iktidal
dan setelah bacaannya dibaca tasbih (10 kali).
6.
Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
7.
Duduk
antara dua sujud dan sesudah bacaannya dibaca tasbih (10kali).
8.
Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
9.
Duduk
tahiyat awal dan sesudah bacaannya, tasbih (10 kali).
10. Takbir dan berdiri.
b)
Rakaat
ketiga
1.
Baca
surah al-Fatihah
2.
Baca
tasbih (15 kali).
3.
Takbir,
rukuk dan baca tasbih (10 kali).
4.
Iktidal
dan sesudah bacaannya, baca tasbih (10 kali).
5.
Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
6.
Duduk
antara dua sujud dan sesudah bacaannya dibaca tasbih (10kali).
7.
Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
8.
Bangkit
dan sebelum berdiri rakaat keempat baca tasbih (10 kali).
9.
Takbir
dan berdiri.
c)
Rakaat
keempat
1.
Baca
surah al-Fatihah.
2.
Baca
tasbih (15 kali).
3.
Takbir,
rukuk dan baca tasbih (10 kali).
4.
Iktidal
dan sesudah bacaannya, baca tasbih (10 kali).
5.
Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
6.
Duduk
antara dua sujud dan sesudah bacaannya dibaca tasbih (10kali).
7.
Sujud
dan baca tasbih (10 kali).
8.
Duduk
tahiyat akhir dan sesudah bacaannya, baca tasbih (10 kali).
9.
Salam
penutup.
v Lakukanlah solat Tasbih
ini dengan iktikad menambah amalan dan jangan sampai menganggapnya suatu amalan
yang mesti dilakukan. Semoga kita dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Salam, Singgah untuk meninjau.. blog yg baik, semoga terus berkongsi utk kebaikan pembaca di alam maya..
ReplyDelete