Masih hutang solat fardhu tidak boleh solat sunat?
‘Adakah
benar mengikut sesetengah orang diakatakan bahawa selagi kesemua hutang solat
fardhu yang telah ditinggalkan pada masa dahulu tidak selesai diqadhakan, maka
seseorang itu tidak boleh melakukan solat-solat sunat?’
Keyakinan yang
sedemikian telah banyak difahamkan oleh sebahagian masyarakat Islam padahal,
kenyataan tersebut sama sekali tidak ada dasarnya bahkan bertentangan dengan
fakta yang sebenarnya. Keyakinan sedemikian, besar kemungkinan timbul daripada
pandangan dan pendapat seorang dua dalam kalangan para ulama, sedangkan
pandangan dan pendapat seseorang hanya boleh dijadikan renungan dan sama sekali
tidak boleh dijadikan pegangan atau hujah. Lebih-lebih lagi apabila pandangan
ndapat itu bertentangan dengan nas al-Quran dan al- Hadis.
Satu kaedah yang
menjadi masyhur dalam kalangan ahli ilmu, "Tidak ada ijtihad apabila ada
nas. Maksudnya, ijtihad yang bererti pandangan dan pendapat daripada seorang
ulama itu tidak boleh diterima dan diamalkan selagi ada dalil al-Quran dan
al-Hadis yang jelas. Ada banyaknya dalil yang menunjukkan perintah dan galakan
terhadap solat sunat memang tidak dapat disangsikan lagi. Setiap perintah dan
galakan terhadap solat sunat itu memang jelas datangnya daripada Allah dan
Rasul-Nya, sesungguhnya tidak ada yang lebih celaka daripada mereka yang berani
menghalang manusia daripada melakukan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Firman Allah SWT :
ألَقِيَا فِي جَهَنَّمَ كُلّ كَفَّارٍ عَنِيدٍ ( 3 ) مَّنَّاعٍ لِّلخَيرِ مُعتَدٍ مُّرِيبٍ
Maksudnya : Lontarkan ke dalam neraka setiap manusia degil dalam kekufurunnya dan yang selalu menghalang kebaikan dan yang melampau dengan melanggar hukum agama dan juga mereka yang meragui kebenaran. (Surah Qaaf : 24 - 25)
Renungkanlah dalil - dalil perintah solat sunat berikut :
وَمِنْ أَلَّيلِ فَتَهجَّدْبهِ> نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
Maksudnya : Pada sebahagian malam laksanakanlah solat malam sebagai ibadah sunat bagimu agar Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji . ( Surah al - Israk : 79 )
Oleh
itu, apa-apa yang dijadikan dasar dalam urusan kehidupan tidak boleh dijadikan
dasar dalam urusan agama. Maksudnya dasar yang berkaitan masalah hutang dalam
urusan kehidupan yang sememangnya menjadi tetap selagi tidak dilunaskan,
tidaklah boleh diqiaskan atau dijadikan ukuran dalam urusan agama yang penuh
dengan rahmat dan keampunan Tuhannya, Allah s.w.t. Selagi tidak ada kenyataan
daripada Allah s.w.t. dan Rasul- Nya bahawa orang yang ada 'berhutang' solat
tidak boleh solat sunat, maka kesemua dalil yang berkaitan dengan perintah dan
galakan solat sunat adalah untuk semua orang. Perbanyakkanlah solat sunat
kerana perintah solat sunat sangatlah jelas dan larangan terhadap solat sunat
pula tidak wujud sama sekali, janganlah sekali-kali diragui.
Akibat
daripada kefahaman sedemikian ramai tidak sanggup membayar hutang' solat fardu
yang bertimbun dan tidak terkira, tidak pula melakukan solat-solat sunat.
Fahaman yang tidak ada dasar yang jelas dan kukuh ini telah merugikan ramai
ahli ibadah dalam kalangan umat Islam, seolah-olah merupakan suatu kesalahan
besar di sisi agama ini bagi seseorang yang tidak selesai mengqada solatnya
yang tertinggal melakukan solat sunat.
Tidak tahu bacaan-bacaan dalam sola-solat sunat?
Situasi :
Amira tidak pernah melakukan solat sunat
sepanjang hidupnya, sebabnya, dia menganggap solat sunat terlalu susah untuk
dilaksanakan kerana banyak bacaan tertentu yang "mesti" dibaca. Dia
bertanya, mengapa solat-solat sunat terlalu rumit dan menyusahkan? Tidakkah ada
cara mudah basgi seseorang dapat melaksanakan solat-solat sunat tanpa
merasakannya sebagai beban?
Antara penyebab utama ramai masyarakat
awam tidak cenderung untuk melakukan solat-solat sunat ialah perasaan takut dan
terbeban untuk membaca bacaan-bacaan tertentu, yang dikatakan banyak dan
berjela-jela dalam solat. Misalnya, ada solat sunat yang katanya mesti dibaca
pada rakaat pertama surah-surah tertentu dengan jumlah tertentu dan pada rakaat
kedua pula mesti dibaca bacaan surah-surah tertentu juga dengan bilangan
tertentu. Begitulah seterusnya pada rakaat- rakaat yang lain
Apakah penetapan bacaan-bacaan tersebut
merupakan ketetapan agama sehingga ia tidak boleh ditinggalkan ?
Sebenarnya, solat sunat dan solat fardu
sama dari segi syarat dan rukunnya. Pada solat fardu, kita telah ketahui ada 13
rukun semuanya dan perkara-perkara selain yang 13 ini hukumnya sunat. Dalam
perkara-perkara yang termasuk sunat-sunat dalam solat, dilaksanakan pun boleh
dan tidak dilaksanakan pun tidak menjejaskan solat kita. Membaca doa dan
surah-surah al-Quran misalnya ialah perkara-perkara sunat, kalau ditinggalkan,
solat kita tetap dikira sah dan diterima
Tidak dinafikan bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. ada membaca bacaan-bacaan tertentu contoh surah-surah al- Quran yang
tertentu pada solat-solat sunat yang tertentu Namun semua ulama telah sepakat
bahawa bacaan-bacaan selain bacaan-bacaan rukun tidak wajib diikuti, kalau
dapat mengikutinya lebih baik dan menepati sunah. Kalau tidak, tidak
mengapa.
Misalnya, mengikut suatu riwayat,
Rasulullah s.a.w. biasa membaca surah al-Sajdah dalam solat Subuh. Adakah ada
ulama yang mengatakan bahawa kita mesti membaca suralh al-Sajdah dalam solat
Subuh? Adakah solat Subuh kita tidak sah kalau membaca surah al-Falaq dan
al-Nas? Adakah ada ulama yang mengatakan demikian?
Kalau pada solat fardu sekalipun, kita
tetap boleh melakukan solat tanpa mendatangkan bacaan-bacaan yang sunat, sudah
tentu pada solat-solat sunat juga kita boleh berbuat demikian, khususnya mereka
yang tidak mampu membacanya
Kalau bacaan-bacaan sunat yang dibaca oleh
Nabi Muhammad s.a.w. sekalipun boleh kita tinggalkan atau memilih bacaan yang
lain, apatah lagi bacaan-bacaan yang direka dan diada-adakan oleh yang selain
Nabi Muhammad s.a.w, walau sebaik mana bacaan itu sekalipun, sudah pasti boleh
ditinggalkan apabila tidak mampu untuk dilaksanakan Jelasnya, hanya rukun-rukun
solat sahaja yang tidak boleh diganti dan ditinggalkan, sedangkan bacaan-bacaan
yang sunat seperti surah-surah dan zikir-zikir boleh ditinggalkan kalau
memberatkan dan solat sunat kita akan tetap diterima oleh Allah s.w.t. Jangan
berasa terbebankan lantaran banyaknya "panduan-panduan" solat sunat
yang menyebut bacaan-bacaan tertentu atau yang mengajarkan bacaarn tertentu
dengan jumlah sekian banyak pada solat-solat sunat yang tertentu. Lakukan
apa-apa sahaja solat sunat dengan haja bacaan yang kita mampu.
Selagi yang kita mampu baca itu merupakan
ayat-ayat al- Quran, maka kita boleh pilih apa-apa surah yang mudah dibaca dan
tidak semestinya kita mesti baca surah yang tertentu dalam solat sunat
berkenaan.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w.
pernah meramalkan akan wujud dalam kalangan umat akhir zaman sebagai berikut
yang bermaksud "Mereka akan berkata perkara yang mereka tidak
lakukan dan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak
diperintahkan...." (Al-Hadis)
Adakah benar solat lelaki dan perempuan
berbeza?
Secara ringkasnya, tidak ada
perbezaan antara solat lelaki dan perempuan, anak-anak dan orang dewasa, dari
segi rukun-rukun dan bacaan-bacaannya. Cuma terdapat sedikit perbezaan antara
lelaki dan perempuan dari sudut aurat dan beberapa cara pelaksanaannya. Jika
dikaitkan dengan solat berjemaah maka terdapat juga perbezaan kedudukan imam
dan makmum serta kenyaringan bacaar
Jelas ada perbezaan aurat lelaki dan
perempuan ketika solat. Aurat lelaki ketika solat ialah di antara pusat dan
lutut. Manakala aurat perempuan pula ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan
tapak tangan.
Antara perbezaan pelaksanaan solat
adalah kedudukan kaki ketika berdiri tegak, keadaan tangan semasa mengangkat
takbir, begitu juga keadaan ketika rukuk dan sujud.
Tentu perbezaan ini mengandungi
hikmah yang tersirat khususnya dari sudut adab dan sopan perempuan ketika solat
Walau bagaimanapun, tidak semua ulama bersetuju kepada perbezaan tersebut
kerana hadis yang dijadikan alasan perbezaan adalah lemah. (Sila rujuk kitab
Subulus Salam, Jil. I)